RESEPI ROTI JOHN SPECIAL
Bahan-bahan
· 2 keping daging burger - dinyah bekukan dan cincang halus
· 2 biji saiz sederhana bawang besar - potong dadu
· 2 ulas bawang putih - cincang halus
· 3 sudu besar rempah kari
· 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
· 3 biji telur
· 3 sudu besar sos tiram
· daun bawang - dipotong 1cm
· Timun - hiris-hiris
· Kobis - hiris-hiris
· Tomato - hiris-hiris
· 1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu)
· Cili sos
· Mayonnaise
· Sos Lada Hitam
· Garam secukup rasa - jika perlu
Cara penyediaan bahan utama:-
1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk
§ Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
§ Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
§ Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.
Homemade Sos Lada Hitam
Bahan-bahannya
§ sedikit bancuhan tepung kanji kentang ( katakuriko) ataupun tepung jagung
§ 1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
§ 3 sudu kecil serbuk lada hitam*
§ 2 inci halia*
§ 1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
§ 2 ulas bawang putih*
§ 1/2 kiub pati ayam maggi*
§ 2 sudu besar gula
§ beberapa titik minyak bijan ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
Cara-caranya.
1. Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, curahkan ke dalam periuk dan masukkan gula dan garam, masak sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan pula beberapa titik minyak bijan, untuk memekatkan kuah, masukan bancuhan tepung katakuriko atau tepung jagung, kacau selalu, sesuaikan rasa dan sedia untuk disejukkan dan di simpan di dalam botol.
3. Boleh dihidangkan bersama roti john dan ape jua hidangan bergoreng yang lain. Selamat Mencuba.
Cara penyediaan Roti John
1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan.
Nota:
Sos lada hitam ni boleh disimpan di dalam peti ais dan jangak hayat nye lebih kurang 3 minggu, pastikan disimpan di dalam botol bertutup.
Buat yang bekerja dan rasa macam tak cukup masa, boleh lah sediakan bahan adunan utama - burger nya lebih awal then simpan dalam peti ais. Bila dah nak buat roti john baru lah dicampur telur dan daun bawang.