Pages

Tuesday, 14 May 2019

Sos Pencicah

Resepi diambil dari kak azie kitchen. Memang always ikut resepi nye yang senang nak fhm dan ada pengisian. Mohon parking sini ye kak....nak buat  utk berbuka puasa
 
Sos Cili Pencicah Chef Wan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 tangkai cili merah 
2 ulas bawang putih  
1/4 cawan air 
1/4 cawan cuka 
4 sudu besar sos nampla/sos ikan
1 cawan gula halus/kaster
4 sudu besar kacang tanah ditumbuk - tak letak

Cara cara:
Kisar semua bahan di atas kecuali gula dan kacang. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masukkan gula. Kacau rata. 

Thursday, 9 May 2019

roti john

RESEPI ROTI JOHN SPECIAL

Bahan-bahan

·         2 keping daging burger - dinyah bekukan dan cincang halus

·         2 biji saiz sederhana bawang besar - potong dadu

·         2 ulas bawang putih - cincang halus

·         3 sudu besar rempah kari

·         1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

·         3 biji telur

·         3 sudu besar sos tiram

·         daun bawang - dipotong 1cm

·         Timun - hiris-hiris

·         Kobis - hiris-hiris

·         Tomato - hiris-hiris

·         1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu)

·         Cili sos

·         Mayonnaise

·         Sos Lada Hitam

·         Garam secukup rasa - jika perlu

Cara penyediaan bahan utama:-

1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi

2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau

3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati

4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.

5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk

§  Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.

§  Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.

§  Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.

Homemade Sos Lada Hitam

Bahan-bahannya

§  sedikit bancuhan tepung kanji kentang ( katakuriko) ataupun tepung jagung

§  1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*

§  3 sudu kecil serbuk lada hitam*

§  2 inci halia*

§  1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*

§  2 ulas bawang putih*

§  1/2 kiub pati ayam maggi*

§  2 sudu besar gula

§  beberapa titik minyak bijan ( ni kalau tak nak letak pun takpe)

Cara-caranya.

1. Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, curahkan ke dalam periuk dan masukkan gula dan garam, masak sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan pula beberapa titik minyak bijan, untuk memekatkan kuah, masukan bancuhan tepung katakuriko atau tepung jagung, kacau selalu, sesuaikan rasa dan sedia untuk disejukkan dan di simpan di dalam botol.

3. Boleh dihidangkan bersama roti john dan ape jua hidangan bergoreng yang lain. Selamat Mencuba.

Cara penyediaan Roti John

1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.

2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis

3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan.

Nota:

      Sos lada hitam ni boleh disimpan di dalam peti ais dan jangak hayat nye lebih kurang 3 minggu, pastikan disimpan di dalam botol bertutup.

   Buat yang bekerja dan rasa macam tak cukup masa, boleh lah sediakan bahan adunan utama - burger nya lebih awal then simpan dalam peti ais. Bila dah nak buat roti john baru lah dicampur telur dan daun bawang.

Tuesday, 7 May 2019

Apam Coklat

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 sk serbuk penaik
1/2 sk soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas

ayak tepung bersama soda bikarbonat, serbuk penaik, garam dam serbuk koko

Pukul telur susu pekat minyak sehingga sebati. tak perlu kembang

masukkan tepung yang telah di ayak

masukkan air panas dan kacau sebati

oleskan minyak pada lompang agar tidak melekat

Tips

Kukus api sederhana supaya tidak pecah

pastikan air mendidih sebelum mengukus

Lopes

KUIH LOPES
By: tulip77

tumpang copy ke kak ita..dah maghrib ni xdan nak taip dah

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air
  • daun pandan

Cara Buat

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

apam gula hangus

APAM GULA HANGUS
By : Zuriana

dr blog norazlitaaziz
1 cawan gula pasir 
1 cawan air 
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2 semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut.  Kemudian sejukkan. 
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit jika mengunakan loyang besar.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.

Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya

Roti Jala

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
secubit garam
sedikit pewarna kuning telur

Satukan semua bahan di atas dan kacau rata
Masukkan dalam mesin pengisar / blender dan kisar halus
Kemudian tapis
Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair 

Mentega untuk di gris pada kuali leper
Daun pandan sebagai alat untuk meratakan mentega
Acuan roti jala

Panaskan kuali leper atas dapur hingga betul-betul panas ( guna api sederhana ), ini supaya roti yang di kirai tidak melekat dan mudah di angkat
Bila dah panas barulah sapukan mentega dengan menggunakan daun pandan
Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan dan kirai dalam bulatan kecil-kecil secara berterusan hingga menjadi bulatan yang besar. Anggaran 6 inc
Tunggu hingga permukaan atas kering , ini bermakna dah masak lah . Tak perlu balikkan
Terus angkat dan lipat. Terpulang kalau suka lipat boleh lipat bentuk 3/4 bulatan atau boleh gulung seperti mengulung kuih dadar
Ulang proses yang sama hingga habis 