Pages

Monday, 26 October 2015

Pizza Home made

Resepi Pizza Sangat Gebu dan Lembut

gamba en google

kredit pada: http://www.reenaonline.com/2012/03/resepi-soft-crust-pizza-pizza-lembut.html

Bahan-bahan (untuk dua dulang pizza bersaiz sederhana) :

Bahan untuk Doh

250 gram tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis (instant yeast)
1 sudu besar madu
1 sudu besar lemak sayuran (shortening)
2 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu kecil oregano kering

Bahan Inti (terpulang pada kehendak masing-masing)

Sedikit sos lada hitam (i guna jenama Life)
Sedikit sos cili (ni pun jenama Life jugak)
Beberapa kiub nenas dari jenama Hosen
1 biji capsicum hijau - dipotong kecil
5 batang sosej / hot dog ayam jenama Ramly - dipotong nipis
6 batang crab stick (stik ketam) - dipotong nipis
2 keping meatloaf perisa ayam (i guna jenama Ayamas)
1 plastik parutan keju Mozarella jenama Bega

Cara-cara membuatnya :

Untuk Mencanai Doh Pizza Samada Menggunakan Tangan atau Mixer

1. Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan bawang putih yang dicincang. Gaul sehingga rata.
2. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul lagi hingga sebati dengan tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayuran dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
3. Kemudian bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan pembalut plastik (plastic wrap) dan biar selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda

Atau, Membuat Doh Pizza dengan BreadMaker

1. Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

Seterusnya, Cara Untuk Membuat Pizza

1. Keluarkan doh, uli selama 5 minit dan bahagikan doh kepada dua bahagian. Letakkan doh di atas dulang pizza (i gunakan dulang acuan pai sebenarnya) yang telah disapu dengan sedikit mentega.
2. Tekan doh dengan hujung jari sehingga doh memenuhi keseluruhan dulang pizza tadi.
3. Panaskan oven (preheat) pada suhu 200ºC dahulu dan bakar pizza selama 5 minit dengan suhu 200ºC jugak.
4. Keluarkan pizza yang dibakar tadi dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, sos cili serta bahan inti yang lain mengikut susunan seperti di atas. Di mana akhir sekali ditaburkan keju sehingga rata pada permukaan pizza.
5. Turunkan suhu dan panaskan oven (preheat) sekali lagi pada suhu 180ºC. Masukkan pizza dan bakar dengan suhu 180ºC selama 15 hingga 20 minit.
6. Dah siap apa lagik, potongkannya kepada beberapa slice / keping untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain (hoorey!)

Jom tengok gambar sepanjang sessi pembuatan pizza. Fuhh... adalah dekat dua jam i nak siapkan pizza ni. Kenapa lama sangat nak buat pizza? Sebab nak kena tunggu sejam doh tu jadi cantik, bulat dan gebu. Tapi bila dah siap, hilang terus rasa penat menunggu. Terus tukar jadi senyum lebar.

Thursday, 18 June 2015

Popia Nestum

Popia Nestum

Bahan-bahan
 
1 pack besar popia
1/2 cawan horlicks -kalau tak ada boleh guna susu tepung
1/2 cawan gula halus - kisar
1 cawan nestum - kisar halus 
 
1 sudu makan susu tepung nespray (optional)
Lidi satay utk menggulung -akak guna chopstick
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat-akak guna tepung gandum yang dicampur dgn sedikit air.
 
Wednesday, 17 June 2015

Roti Jala

Roti Jala Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
Secubit garam
Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, sambal tumis, gula atau apa saja yang sesuai)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
  3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat seperti dalam gambar, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.

Apam coklat

Apam coklat mudah, sedap dan cepat

Sumber: umizaihaidi

Bahan:- (kuranglebih 16 biji)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1bj telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko
Cara-Cara:-
  1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
  3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Mudahkan...!

Karipap roti

RESEPI KARIPAP ROTI

sumber: cahayaku2569

Bahannya :-
  • 7 keping roti 
  • Telur putih untuk melekatkan 
Caranya :-
  1. Kukus roti lebih kurang 1 minit, kemudian gelekkan biar nipis ( apabila kita kukus roti lebih mudah utk digelek nipis berbanding tanpa di kukus)
  2. Potong tepi roti yg keras dan letak inti karipap diatas roti, lepas tu letak telur putih di tepi roti tu, sebagai gam lah untuk lekatkan,kemudian tekankan ditepinya dengan garpu. (kalau ada acuan karipap boleh kepitkan ajer dengan acuan tu)
  3. Buat sehingga habis roti. 
  4. Kemudian panaskan minyak untuk menggoreng karipap ini, goreng dengan api yg perlahan dan sebentar saja sebab roti ni cepat masak.. bila kekuningan boleh diangkat.
  5. Senang dan cepat, hanya guna roti saja sebagai kulit karipap

INTI 

Bahannya :-
  • 2 keping isi dada ayam - potong dadu
  • 3 biji kentang - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar sebuk kari - bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Garam
Caranya :-
  1. Goreng isi ayam sedikit kekuningan, angkat, ketepikan
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukan cili kisar dan serbuk kari, tumis sehingga naik wangi.
  4. Kemudian masukan kan kentang dan sedikit air, tutup atas kuali, masak sehingga kentang empuk, hendaklah selalu digaul supaya bahagian bawah.
  5. Kemudian saya masukan telur kuning, sebab saya guna sedikit telur putih utk gam kulit roti tadi, jadi sayang bila nak pakai, saya masukan dalam inti ni, terpulanglah pada kekawan ye..
  6. Rasa garamnya.. selepas tu boleh lah diangkat.

Tuesday, 16 June 2015

Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka - Resepi Hanieliza

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (CT gunakan 1 1/2 cwn je..)
sedikit garam

Cara-cara :
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak. (rendam selama 90 minit)
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara-Cara :
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.

**Utk adunan ni, masak sebentar lapisan atas tersebut di atas api perlahan sehingga nampak berwap dan kemudian tuangkan di atas lapisan pulut tersebut. Kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana. Sejukkan dahulu dan potong kuih menggunakan pisau plastik. 