Resepi Semperit Klasik Gold (Panjang)
Sumber resepi : Fb Azlina Ina
Bahan-Bahan
1 cawan butter ( tak payah cairkan)
1/2 cawan susu pekat ( kalau suka ) atau boleh ganti gula kastor (3/4 cawan)
2 sb susu tepung
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastard
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanila
sebiji telur (ambil kuningnya sahaja)
Untuk Sapuan atas biskut semperit :
Kuning telur dicampur dengan sedikit pewarna kuning.
Mula-mula sekali campurkan butter, susu pekat sedikit pewarna kuning dan esen vanila ke dalam bekas.Kacau perlahan dengan sudip atau senduk kayu sahaja.
kacau sampai tekstur dia jadi macam ni.Nampak butter tu dah jadi lebih ringan kann.
Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung jagung.Gaul dan uli hingga sebati.Akhir sekali barulah masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit.Uli sampai dah lembut dan selesa kat tangan.
rupa doh semperit klasik gold yang bakal korang buat sekejap lagi.Belum jadi semperit pun dah nampak kegebusannya kann.haha.
Terap guna acuan semperit yang korang ada.Kalau ikut acuan asal yang Azlina Ina guna, dia guna acuan tart nenas.Ikut suka koranglah ya.Asal bahagia. Kalau nak cantik potongannya, korang boleh guna pisau.Nak bagi sama panjang, itu skill masing-masing.
0 comments:
Post a Comment