Pages

Sunday, 14 June 2020

Resepi Mee kari

Bahan – Bahan B : Hiasan

  • Cili Merah – hiris
  • Daun Sup & Daun Bawang
  • Bawang Goreng
Saya ambil dalam 4 biji bawang merah dan hiris halus2. Pastu saya goreng dengan api yang pelan. Kalau rasa tak berapa nak rajin, boleh beli je dekat kedai runcit atau dipasar basah 🙂

Bahan – Bahan C : Kuah Kari

  • Sedikit Isi Ayam (potong kecil)
  • 8 Biji Bawang Merah
  • 6 Ulas Bawang Putih
  • 6cm Halia (anggaran)
  • 2cm Lengkuas (anggaran)
  • 8 Batang Serai
  • Rempah 3 Beradik (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
  • 2 Paket Kecil Rempah Kari Ayam & Daging Babas
  • Sedikit Ikan Bilis (dikisar)
  • 1 Cawan Santan Pekat
  • Secubit Gula
  • Garam Cukup Rasa

Bahan C (i) – Dihiris Halus

  • 3 Biji Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 2cm Halia
  • 2 batang serai ketuk

Bahan C (ii) – Dikisar

  • 5 Biji Bawang Merah
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 4cm Halia
  • 2cm Lengkuas
  • 3 Batang Serai

Bahan – Bahan D : Sambal Udang Kering

  • 2 Biji Bawang Merah
  • Sedikit Udang Kering (celur dengan air panas dahulu, supaya lembut)
  • 3 Sudu Cili Boh / 15 Batang Cili Kering yang sudah dikisar
  • 1 Sudu Besar Gula
  • Garam secukup rasa

Cara – Cara Untuk Memasak Mee Kari Sedap

Cara Masak : Kuah Mee Kari Sedap

  1. Panaskan periuk dengan minyak masak. Tumis bahan C (i) sehingga separuh garing. Kemudian masukkan pula rempah ratus 3 beradik tu dan gaul seketika.
  2. Masukkan pula bahan – bahan C (ii) dan rempah kari ayam. Pelankan sedikit api dan masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada rempah menjadi hangit. Masak sehingga betul2 garing dan naik minyak.
  3. Masukkan 3 batang serai yang diketuk dan juga isi ayam serta air, biar sehingga isi ayam separuh masak.
  4. Selepas itu masukkan pula ikan bilis yang sudah dikisar.
  5. Biar sehingga mendidih, selepas itu masukkan pula santan dan tunggu sehingga mendidih untuk kali kedua pula. Jangan buka api terlalu kuat.
  6. Akhir sekali masukkan pula gula dan garam secukup rasa. Jika terlalu pekat, anda boleh tambah air lagi dan biar sehingga mendidih.
Tips : Kuah mee kari tidak boleh terlalu pekat, nanti muak bila dimakan. Kebiasaannya bila kuah dah sejuk, kuah tersebut akan menjadi sedikit pekat. So nanti pandai2 lah tambah air dan panaskan semula.

Cara Masak : Sambal Udang Kering

mee kari sedap dan mudah dimasak
  1. Tumbuk bawang merah bersama udang kering. Selepas itu tumis sehingga garing
  2. Masukkan pula 3 sudu cili boh dan biar sehingga garing dan naik minyak
  3. Akhir sekali masukkan 1 sudu gula dan garam secukup rasa.
Sambal ni akan rasa pedas, manis dan masin sedikit. So memang gabungan yang terbaiklah bila makan dengan mee kari sedap ni.
Haaa….itu lah dia serba sedikit resepi turun temurun arwah mama saya. Nama bukan main lagi “mee kari sedap dan mudah dimasak, tapi macam tak berapa mudah je aku tengok“..mesti korang cakap dalam hati kan? heheee, jangan lah keciwa…practice makes perfect gittew.
Try dulu, resepi ni macam resepi mee kari cina tau. Sebab banyak letak serai dan makan dengan sambal udang kering.
Ohhh ye, lagi satu. Bab sukatan garam tu..sori lah yek..saya tak tahu berapa sukatan garam yang diperlukan. Sebabnye saya ambil garam guna tangan (barulah jadi air tangan isteri dan ibu, kekeke).

Monday, 18 May 2020

Biskut famous Amous Sedap

Resepi dan Gamba dai

Bahan2 seperti di bawah:
🍪250 gram Butter
🍪1 1/4 cawan Brown Sugar
🍪1 sudu kecil Essence Vanila
🍪1 biji Telur
🍪2 1/2 cawan Tepung Gandum
🍪1/2 cawan Tepung Jagung
🍪1 sudu kecil Baking Powder
🍪1 sudu kecil Soda Bikarbonat
🍪6 sudu besar Minyak Masak
🍪2 cawan Coklat Cip
🍪Almond nips / almond flakes --jika suka
Lagi premium (jenis mahal) bahan yg digunakan, lagi sedap rasa cookies

Cara

Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau leklek just bagi sebati je, takyah sesungguh sgt..

Ramai yg buat silap kat sini. Jgn pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau slow2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup]

Dalam bekas yg sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati, pelan2 kayuh..

[UPDATE: Ingat, kacau slow2 je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus stop, buat step seterusnya]

Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.
Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu. Masih kacau slow2.. 
Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Mcm kakbai, asingkan sikit utk letak almond nips so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati jugak..

Adunan yg dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30minit. Tutuplah sket adunan tu kang bercampur pulak dengan bau bawang, petai, budu dlm tu pulak 😅

Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni

Thursday, 14 May 2020

kuih ketayap sedap dan lembut

 Resepi dari : http://hanizahomerecipes.blogspot.com/2016/05/kuih-ketayap-sedap-dan-lembut.html

Inti Kelapa Gula Merah

Bahan-bahannya

  • 1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
  • 1 cawan gula merah atau gula melaka
  • 2 sudu besar gula putih (boleh lebih kalau nak manis)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit air untuk melarutkan gula

Cara-caranya

  1. Gaulkan semua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
  2. Kacau inti hingga merengas dan separa kering.
  3. Angkat dan ketepikan

Untuk kulit Kuih Ketayap

Bahan-bahannya

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air 
  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 sudu kecil pewarna dan perasa (emulco) pandan jenama Nona atau pewarna hikau  (jika perlu untuk colour)
  • 1 cawan susu atau santan
  • 1 sudu kecil garam

Cara-caranya

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.  Kacau atau whisk hingga sebati dan tapis (atau boleh juga diblend semuanya dan ditapis).
  2. Panaskan kuali leper non-stick pan dan sapu rata dengan sedikit minyak masak/marjerin
  3. Tuangkan sesenduk adunan dan lenggang2kan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis
  4. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  5. Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah-tengahnya.  Lipat bahagian kiri dan kanan.
  6. Gulung kemas-kemas.
  7. Buat hingga habis.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Saturday, 9 May 2020

Biskut Famous Amous Versi Azie kitchen

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara

Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Wednesday, 6 May 2020

Semperit susu sukatan cawan azlina ina

Resepi Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina

Bahan-bahan:
1/2 cawan butter (Jenama Buttercup)
1/4 cawan Susu pekat
2 titik Esen Vanilla
2 cawan Tepung Jagung (untuk bagi rasa cair dalam mulut)
1 sb Tepung Beras (untuk bagi rangup dan tak mudah pecah bila sejuk)
1 sb Tepung Custard (untuk bagi creamy pada Semperit)
2 titik pewarna kuning (ikut suka nak warna apa dan banyak mana)
Butter untuk sapu kat loyang.

Cara Membuat Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina
  1. Masukkan butter, susu pekat dan esen vanila kedalam bekas. Kacau menggunakan senduk biasa sehingga sebati.
  2. Selepas sebati, masukkan pewarna kuning. Kacau lagi sampai rata.
  3. Masukkan Tepung Jagung 1 cawan dulu, dan diikuti 1 sb tepung beras dan tepung custard. Gaul guna tangan ye. Senang sikit..
  4. Kemudian masuk lagi baki 1 cawan tepung jagung tadi. Masukkan sikit sikit. Jangan sekali gus ya. Ikut keselesaan doh yang korang nak.
  5. Uli doh sampai lembut ye.
  6. Bila dah siap uli, boleh buat semperit. Masukkan sikit adunan kat hujung munchung semperit. Tekan sikit bagi rata keluar angin dulu.. Then boleh buat adunan pecah 11 lenggok atau pecah 15 lenggok.
  7. Hias kan dengan ceri. Siap untuk dibakar.
  8. Panaskan oven 170 darjah selama 5 minit. Selepas 5 minit bakar semperit yang dah siap tadi 160 darjah selama 25 minit atau sehingga bila kita tolak dia mudah tertanggal.
  9. 1 adunan di atas untuk 35 biji semperti. Ikut korang pecah 11 atau pecah 15. Apa tu pecah? Itu ikut alunan daun dia.. Pecah berapa.
Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah
  1. Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
  2. Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
  3. Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
  4. Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.

Semperit klasik gold

Resepi Semperit Klasik Gold (Panjang)
Sumber resepi : Fb Azlina Ina
Bahan-Bahan
1 cawan butter ( tak payah cairkan)
1/2 cawan susu pekat ( kalau suka ) atau boleh ganti gula kastor (3/4 cawan)
2 sb susu tepung
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastard
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanila
sebiji telur (ambil kuningnya sahaja) 
Untuk Sapuan atas biskut semperit :
Kuning telur dicampur dengan sedikit pewarna kuning.

 Mula-mula sekali campurkan butter, susu pekat sedikit pewarna kuning dan esen vanila ke dalam bekas.Kacau perlahan dengan sudip atau senduk kayu sahaja.

kacau sampai tekstur dia jadi macam ni.Nampak butter tu dah jadi lebih ringan kann.

Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung jagung.Gaul dan uli hingga sebati.Akhir sekali barulah masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit.Uli sampai dah lembut dan selesa kat tangan.

rupa doh semperit klasik gold yang bakal korang buat sekejap lagi.Belum jadi semperit pun dah nampak kegebusannya kann.haha.

Terap guna acuan semperit yang korang ada.Kalau ikut acuan asal yang Azlina Ina guna, dia guna acuan tart nenas.Ikut suka koranglah ya.Asal bahagia. Kalau nak cantik potongannya, korang boleh guna pisau.Nak bagi sama panjang, itu skill masing-masing.

Monday, 4 May 2020

Resepi Nona Manis sukatan cawan

Bahan A

  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
Cara

Pukul telur hingga kembang atau masukkan dalam blender dan putar sampai kembang

Dalam bekas lain satukan gula, santan dan tepung gandum dan kacau rata

kemudian masukkan telur yang telah diblend tadi dan gaul hingga sebati
dah siap boleh ketepikan buat bahan B

Bahan B

  • 1/2 cawan santan pekat
  • 5 helai sederhana besar untuk dapatkan 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna hijau
Cara

Blend daun pandan dan dapatkan 1/2 cawan air daun pandan tapis dan satukan bahan bersama santan
kemudian masukkan gula, secubit garam, tepung jagung secubit garam dan pearna hijau

kacau sampai rata dan tidak berbintil2 dan masak dengan api sederhana panas dan ia meletup dan sedikit pekat

kemudian satukan adunan A dan B kacau hingga ia sebati dan tidak berbintil2 dan ketepikan dulu dan terus buat dengan bahan c

Bahan C
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar gula ieja letak suku je
  • 1/2 teh garam

cara

satukan semua bahan c masak dgn api sederhana sehingga sedikit pekat

Tunggu hingga suam2 sikit dan kemudian masukkan kedalam plastik

Sementara tu panaskan kukusan dan dan mendidih boleh lah tak mulakan masak

balut penutup supaya air kukusan tidak jatuh dipermukaan kuih

oleskan lompang dengan minyak supaya ia tidak melekat

Kukus 5 hingga 15 minit. Kemudian keluarkan

pastikan kuih dah agak sejuk baru keluarkan

Saturday, 25 April 2020

Lopes Resepi Qim

Kacau ja pulut n air daun pandan n air abu(sikit je tau...kalau banyak dia payau) atas api sampai pekat..kira dh xde air lah.

Then balut dengan daun pisang yg dh di layur atas api.

Balut tu jgn longgar sangat...jgn ketat sangat. Then rebus 1 jam.....

Kelapa parut di kukus dahulu dan campur dicampur garam sedikit supaya boleh tahan lama

Air gula tu campur gula kabung n gula merah serbuk tu....

Mula2 air jfn banyak sgt.

Tunggu dia sejuk dlu baru nampak dia pekat ke tak...air gula boleh buat awal
Air Asam Pencicah Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Kisar Halus:
2-3 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi - merah dan hijau
2-3 tangkai cili merah besar 
2 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan 1/2 cawan air masak
Sedikit belacan - dibakar dahulu - opsyenal
3 sudu besar gula
Bahan lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
2 tangkai cili padi hijau - hiris halus untuk tambah warna
Sedikit perahan air limau nipis
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa - atau secukupnya
Sedikit sos cili Maggi
Garam - jika perlu

Cara-cara;
Kisar semua bahan kisar secara "pulse on off" supaya tidak terlalu halus. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk. Jangan letakkan air ya.

Ikan bakar sambal resepi 2

Resepi ikan bakar Dan sotong bakar..😋😋

Daun pisang - utk alas nk bakar....x nk pn xpe..

#Bahan2 utk perencahnye:-
Bawang besar
Bawang putih
Halia sikit
Lengkuas sikit
Kunyit hidup sikit
Cili kering - buang biji,rebus,blend
Daun limau purut
Daun kesum
Serai

*blend jer smua bahan kat ats....

Lepas tu tumis bhn blend tu smpi pecah minyak@betul2 masak...masukkn asam keping....gula...garam....ckup rse manis,masam,masin semua....beres....
Lepas tu wawa suka msukkn daun kesum &daun kunyit...bg aroma tu bau lgi... Klw x suka x yah msukkn pn xpe....ats selera memasing la ye...

SIAP!!!
#klw msk betul2 blh bt stok perencah...nk bakar ke ambik jer....

#Nak bakar tu senang jer....lapik daun pisang dlu kat bwh...lumur perencah skit kat daun tu ltak ikan...lepas tu ats ikan pn letak perencah lagi...bakar mcm biasa😊
Suka ati la nk letak perencah byk mana...xdak org mrh pn😂

Selamat Mencuba...

Resepi ikan bakas sambal Pari

Resepi Ikan Bakar Sambal 

Bahan-bahanya:
3 batang serai
3 biji bawang merah
1 - 2 helai daun kunyit
3 biji bawang putih
udang kering (dikisar bersama)
asam jawa
2 inci kunyit hidup
garam
gula
serbuk perasa secukup rasa
20 - 25 lada kering (dikisar berasingan)
2 inci halia
ikan pari secukupnya
Cara Membuat Sambal:

#1: pertama tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi dan garing. kemudian, masukkan cili yang telah di kisar dan tumis hingga muncul minyaknya. selanjutnya, masukkan air asam jawa dan kacau hingga rata.

#2: selepas Perasakan tumisan tadi dengan gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa. setelah mendidih terus masukan sedikit air dan tunggu hingga masak. selepas masak bagikan sambal ke 2 bahagian.

Cara Membakar Ikan:

Bahan-bahan:
- sambal ikan bakar
- alumunium foil
- daun pisang

Cara Membuatnya:

#1: pertama siapkan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu. lepas tu ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. sediakan juga daun pisang dan Aluminium foil untuk membalut ikan.

#2: letakkan ikan diatas daun pisang lepas tu siramkan sambal ikan di atasnya. tetapi jangan lupa balutkan alumunium foil dengan rapi. kemudian letakan di atas kuali lemper dab bakar sampai masak dengan api perlahan.

#3: jika ikan sudah masak terus saja pindahkan ikan bakar di atas pinggan hidangan. kemudian tuangkan sisa sambal ke atas ikan tersebut.

Wednesday, 22 April 2020

Apam coklat

apam coklat terlajak moist....

APAM COKLAT TERLAJAK GEBU

Bahan A:

1 cwn tpg gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko

(semua bhn diatas satukn dan ayak... ketepikn)

Bahan B:

½ cwn gula pasir
½ cwn minyak
½ cwn susu pekat
½ cwn air suam
1 biji telur

caranya:

mix gula + telur sampai kembang.
Dah kembang, buh susu pekat + minyak. mix sebati.
Buh air mix sampai sebati..
Tuangkn kedlm bhn yg telah diayak tdi n kacau sebati...
Tuangkn adunan tdi ke dlm acuan yg telah disapu sedikit minyak n kukus selama 20 minit.. (saya guna blender je.. senang... )
selamat mencuba.. resepi ni saya telah campurkn dgn resepi lain.. maknanye 2 resepi saya gabungkn jdi satu resepi.
.
Kredit Resepi : wan junaida jun via mahn

Sunday, 19 April 2020

Biskut Famous Amous Rangup dan sedap

Bahan A

  • 1/2 cawan gula kisar halus
  • 1/2 cawan gula perang
  • 150 gm mentega
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 biji telur gred A
  • sedikit garam halus
  • 1 sudu besar susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum *ayak
  • 2 sudu besar serbuk koko *ayak
  • 2 sudu besar tepung jagung *ayak
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan tepung walnut
  • 2 cawan coklat chip
Cara penyedian

Campurkan semua bahan A dan kacau sebati
Masukkan bahan B sedikit demi sedikit
KAcau adunan sehingga sebati 
Masukkan kedalam freezer untuk sejukkan selama 30 minit
Panaskan oven 160'c  selama 15 minit
Bakar selama 20 minit